Monday, July 20, 2009

jauh di sudut hati ku....KASIHAN....

Sejak kebelakangan ini di ofis, banyak sekali cerita yang timbul fasal seorang staff yang telah dimasukkan ke dalam Hospital..Pelbagai versi, yang aku kira aku boleh ceritakan setiap satunya secara terperinci...(tapi aku bukanlah begitu orangnya, yang sanggup mencanang kepada semua orang tentang keburukan orang..kecuali meluahkan rasa kepada teman rapat aku sahaja)
Kebarangkalian, penduduk ofis di sini, faham dan mengerti siapakah yang aku sedang maksudkan..
Jauh di sudut hati aku, bukan untuk mendabik dada berasa gembira atau bertepuk tangan atas apa yang telah berlaku..tapi sejujurnya, timbul rasa kasihan kepada dia setelah apa yang menimpa dirinya...apakan daya, bila aku suarakan rasa kasihan, ada pula ayat2 bidasan yang menyangkal pandangan aku itu...
Kata orang "buat apa kau nak kesiankan dia..pernah dia kasihan kan orang?..lagi2 apa yang dia dah buat pada kawan-kawan kau dan termasuk diri kau sendiri"..kalau hendak ikutkan kata hati, memanglah perbuatan dia sungguh menyimpang dan sehinggakan dia sanggup menghancurkan periuk nasi orang...
Pendek kata, memang tak dapat dimaafakan setiap satu perbuatan dan percakapan dia...kata orang lagi, 'mungkin inilah masanya Tuhan hendak tunjukkan kebesaran DIA - supaya jangan mengkhianati orang, jangan suka busuk hati pada orang, jagan kacau periuk nasi orang"..dalam hati aku, sejujurnya, ayat2 itu, ada kebenarannya....
Bagi aku, cukup la aku sedar bahawa yang aku bukan di lahirkan untuk mencerca, berbuat jahat dan berbuat busuk kepada orang..kerana aku, dibesarkan dengan penuh didikan, hormat menghormati dan tidak berbuat jahat pada manusia lain....kerana aku, masih punyai pegangan..dan aku orang yang berSOLAT!....dan...percayalah..sebenarnya, Jauh di sudut hati aku, aku sangat sangat kasihan atas dirinya...
p/s: apa yang aku mampu lakukan, aku berdoa agar dia bertaubat dan memohon maaf atas apa yang telah dilakukannya..moga dia kembali ke pangkal jalan...dan tidak membuat kerosakkan sesama manusia....

1 comment:

queenofsparta said...

yaaa...siapa lah kita utk menentukan baik atau buruk seseorg itu kalau bukan DIA yang lbh berhak..simpati atas ape yang terjadi pada dia..setiap hamba allah swt dimuka bumi ini berbuat salah dan dosa..kecik @ besar..dlm sedar @ dlm ketidak sedaran dia berbuat dosa atau salah...dan setiap manusia di muka bumi ini diberi peluang oleh Allah swt utk bertaubat atas dosanya..terpulang pada individu itu sendiri utk merebut peluang itu...