Tuesday, July 28, 2009

Aku fikir....


Aku terfikir bahawa aku tidak mahu menulis buat masa ini..

tapi tahukah kamu, betapa kuat - geritannya dan betapa menggeletarnya jari jemariku setiap waktu untuk berkarya..

aku bukanlah sang pujangga yang mampu menyusun beribu madah dan bait-bait kata..

aku juga bukan juornalist yang mampu membuahkan idea-idea bernas untuk dikongsi bersama pembaca..

Aku fikir, aku mampu untuk tidak mahu menulis buat seketika kerana ada sesuatu yang perlu aku langsaikan daripada membuka Surrealistic ini untuk bermadah seperti biasa...

Apa yang bakal aku tempuhi, bukanlah seratus peratus keinginan aku..bukan juga yang aku impikan sebelum aku mencecah angka 30...dan kerana aku fikir, aku masih ada hati dan sedikit ruang untuk dunia ku yang satu itu.....

namun,aku tidak pernah terfikir bahawa Surrealistic ku ini adalah suatu pembaziran waktu..kerana Surrealistic ku ini sangat mendorong aku untuk keluar daripada duniaku yang satu itu kepada dunia ku yang berada disebaliknya...

jadi, aku fikir, aku tetap akan menulis untuk meredakan keinginan yang membuak terhadap karya dan penulisan..dan tidak terfikir pula aku yang aku sedang menulis walaupun tiada rasa keinginannya...

dan kerana AKU sentiasa FIKIR, aku masih mampu berfikir dan menghadapi segalanya selagi aku masih percaya kepadaNYA...amiin...

No comments: